Senin, 30 Desember 2013

Restoran Berunsur Tandas Yang Pertama Di AS Dibuka


LOS ANGELES – Sanggupkah anda makan di restoran yang berasaskan kepada barang-barang dalam tandas, termasuk mangkuk tandas yang dijadikan sebagai kerusi?


Tidak meloyakah tekak anda meskipun ia bersih?

Itu yang disediakan oleh Magic Restroom Cafe iaitu restoran berunsurkan tandas yang pertama di Amerika Syarikat.

Magic Restroom Café bukan sahaja menyediakan kerusi mangkuk tandas, malah makanannya juga dinamakan ala-ala unsur tandas iaitu golden poop rice, black poop, smells-like-poop dan bloody number two.

Makanan berkenaan dihidangkan di dalam pinggan mangkuk tandas mini dan hidangan yang dikatakan sedap ialah Stinky Tofu.

Pemiliknya, Yo Yo Li yang berasal dari China, memutuskan untuk membuka restoran berkenaan selepas mendapati rangkaian restoran berunsurkan tandas moden di China dan Taiwan telah berjaya.

Magic Restroom Cafe dibuka secara rasmi pada 11 Oktober lalu.

Meskipun ia baru dibuka, namun hiasan dalamannya mendapat pujian berbanding makanan yang disediakan.

Manakala aduan yang diterima daripada pelanggan pula ialah perkhidmatannya lembab dan makanan yang disediakan tidak panas.

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 BBM