Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Dua anggota polis cedera terkena balingan batu pada ceramah politik

March 08, 2013 TMI
MELAKA, 8 Mac — Dua anggota polis adalah antara tiga yang cedera terkena balingan batu ketika kekecohan membabitkan penyokong yang hadir pada dua ceramah politik di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, dua koperal polis berkenaan sedang berkawal di kawasan ceramah yang diadakan secara bertentangan, masing-masing membabitkan kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Mohd Ali.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata provokasi tercetus di antara penyokong kedua-dua ceramah disusuli balingan batu oleh individu yang mengenai dua anggota polis terbabit serta seorang awam.

Dua anggota polis yang masing-masing berusia 30an mengalami cedera pada badan dan dahi menerima rawatan pesakit luar di Hospital Melaka, manakala lelaki berusia 30an itu pula cedera di kepala, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
“Polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan peserta perhimpunan dipercayai terlibat dalam insiden tersebut malam tadi,” katanya.

Sebanyak 70 anggota polis termasuk Pasukan Penggempur Ringan diarah memantau dan mengawal suasana pada dua ceramah berkenaan, katanya
Pada masa yang sama, Salehhuddin berkata polis mendapati penganjur kedua-dua ceramah gagal memaklumkan penganjuran perhimpunan kepada ketua polis daerah mengikut tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012 iaitu sekurang-kurangnya 10 hari sebelum diadakan.
Polis akan mengambil tindakan lanjut terhadap penganjur kedua-dua ceramah terbabit mengikut akta berkenaan, katanya. — Bernama

Kamis, 19 Desember 2013

Kajian menunjukkan pengundi baru lebih mempercayai ahli politik berbanding polis

January 19, 2013
KUALA LUMPUR, 19 Jan — Pasukan polis kurang dipercayai berbanding parti politik, menurut kajian terbaru terhadap pengundi kali pertama oleh Merdeka Center.
Pasukan polis kurang dipercayai berbanding parti politik, menurut kajian terbaru terhadap pengundi kali pertama oleh Merdeka Center. — Gambar fail
Keputusan “Tinjauan Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama” yang dilakukan diantara November dan Disember tahun lalu turut mengejutkan badan tinjauan bebas tersebut.
 
“Kepercayaan kepada kerajaan dan pelbagai institusi adalah marginal — apakah pengundi kali pertama tidak berminat atau hanya sinis?” kata badan tersebut dalam laporan pengundian yang dikongsi kepada The Malaysian Insider minggu ini.

Lebih daripada separuh atau 56 peratus daripada 826 pengundi baru berdaftar di Semenanjung Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang ditinjau berkata mereka tidak mempercayai polis, berbanding dengan 47 peratus berkata mereka tidak mempercayai parti-parti politik, jurang sembilan mata peratusan.

Kesangsian kepada pihak berkuasa dalam undang-undang tertinggi di negara ini melebihi semua institusi awam lain yang ditinjau, termasuk kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan kehakiman.

Lebih daripada separuh pengundi baru yang ditinjau menyatakan mereka meletakkan kepercayaan dalam kerajaan negeri, berbanding kepada 49 yang percaya dalam penggendali pilihan raya itu, 47 peratus kepada Putrajaya, 46 peratus kepada mahkamah, 39 peratus kepada pihak polis dan 36 peratus kepada parti politik.

Mengikut kumpulan kaum, masyarakat Cina adalah yang paling tidak mempercayai polis, dengan lapan daripada 10 meragui Bukit Aman berbnding 46 peratus bagi Melayu dan 55 peratus bagi India.
Kesangsian kepada parti-parti politik adalah tertinggi di kalangan kaum India dengan 57 peratus, diikuti oleh 52 peratus Melayu dan 33 peratus Cina.

Penganalisis dan pemimpin pembangkang telah memberi amaran bulan lalu bahawa perang mulut berterusan di kalangan bekas pegawai tertinggi polis serta cerita penyalahgunaan kuasa dan hubungan jenayah boleh mengganggu tumpuan badan penguatkuasaan tersebut dari tugasnya, kata beberapa penggubal undang-undang, sambil memberi amaran ini boleh mengakibatkan peningkatan kadar jenayah.
Kata mereka berbanding melawan jenayah, badan penguatkuasaan negara kini terlalu sibuk mempertahankan diri mereka daripada cerita yang keluar ekoran perang mulut antara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Ramli Yusuff.

Dzulkefly dari PAS menegaskan apabila bekas polis mempersoalkan terhadap proses polis semasa dan masa lalu, ia menyumbang kepada ketakutan awam di atas dakwaan ketidakupayaan pasukan keselamatan tersebut untuk memberi tumpuan kepada menjaga keselamatan negara.
Pasukan polis baru-baru ini telah dikritik oleh orang ramai dan pemimpin pembangkang selepas peristiwa rompakan dan serangan menyebabkan tanda tanya kepada statistik kerajaan yang menunjukkan penurunan ketara dalam kadar jenayah di negara ini.

Pada Julai lalu, Liew Chin Tong dari DAP mendedahkan 86 peratus daripada polis di negara ini tidak melawan penjenayah tetapi mengendalikan kertas kerja, aktiviti “mengintip” dan logistik, menguatkan lagi dakwaan pihak berkuasa telah mengubah data jenayah untuk menunjukkan imej baik pasukan tersebut.
“Hampir 14 peratus daripada pasukan polis beruniform di jabatan-jabatan berkaitan dengan jenayah,” kata beliau dalam satu kenyataan Julai lalu, merujuk kepada siasatan jenayah narkotik, dan jabatan siasatan jenayah komersil di PDRM.

“Sementara 86 peratus anggota polis tergolong kepada sektor bukan berkaitan jenayah (seperti) pengurusan, keselamatan dalaman dan ketenteraman awam, logistik, Cawangan Khas, dan pasukan petugas khas,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa jabatan siasatan jenayah (JSJ) hanyalah lapan peratus atau 9,346 daripada 105,929 pasukan polis beruniform.
“Ini bermakna enam kali lebih ramai polis ditugaskan untuk pekerjaan bukan jenayah berkaitan, berbanding yang memerangi jenayah. Tidak hairanlah kita berasa tidak selamat,” kata ahli parlimen Bukit Bendera itu.TMI
Older Post ►
 

Copyright 2011 BBM